Berstatus ibu tunggal? Ini bantuan khas RM300 yang anda boleh mohon



Kini, dengan bantuan khas dari Jabatan Kebajikan Malaysia, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas sebanyak RM300 sebulan. Oleh itu bagi anda yang berstatus ibu tunggal yang beminat untuk mendapatkan bantuan khas ini, anda perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan serta mengikuti tatatertib permohonan sebelum memohon. 

Mari kita lihat maklumat berikut:- 

BANTUAN IBU TUNGGAL

RM300 akan diberikan kepada mereka yang layak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:-

Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:-

  • Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

CARA PERMOHONAN

Untuk mereka yang berminat, anda bolehlah memuat turun borang permohonan ibu tunggal secara online, senarai  muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di adalah seperti yang di bawah:- 

BORANG PERMOHONAN BANTUAN 

Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat  di tempat kawasan anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan:- 

DOKUMEN WAJIB YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Salinan Penyata Akaun Tahunan Semasa 
  • Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian 
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak Yang belum berkahwin/MyKid/MyKad/Sijil Anak Angkat 
  • Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu/Majikan) 

DOKUMEN SOKONGAN

  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)

INFO TAMBAHAN

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda jika permohonan anda lulus dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.

Semoga dengan bantuan ini, ibu tunggal di luar sana dapat ringankan beban untuk mencukupkan keperluan asas keluarga dan juga anak-anak. 

Sila sebarkan paparan bantuan khas ibu tunggal ini kepada mereka yang memerlukan. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak


Tiada ulasan