Cara memohon Bantuan Am Negeri (maksimum RM350 sekeluarga)

 



Khas untuk mereka yang berpendapatan rendah, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan am negeri dimana seseorang itu boleh memperolehi bantuan bulanan minimum RM100 seorang dan juga RM350 maksimum sekeluarga. Oleh itu, kepada mereka yang memerlukan, anda bolehlah melihat tatacara, syarat kelayakan dan cara permohonan bantuan ini di bawah:- 

NAMA BANTUAN

Bantuan Am (Negeri) 

KADAR BANTUAN

RM100 seorang dan juga maksimum RM350 seorang

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
  • (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan  bulanan JKM lain
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MEMOHON

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SECARA MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.


Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 

BORANG YANG BERKAITAN :-

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan


SECARA TALIAN

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :- 

  • Klik Daftar Permohonan atas Talian 
  • Masukkan no kad pengenalan 
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan. 
  • Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;- 
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)


Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta. 

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 

Alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.


No. Tel: 03 – 8000 8000

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan iinformasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan