Cara Memohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA maksimum RM180.00 sebulan

 


Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180.00 sebulan  untuk seorang kanak-kanak.

Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA dan seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.




Oleh itu, kepada ibu bapa yang berminat untuk memohon, anda bolehlah menelti maklumat dan tatacara permohonan di bawah:- 

NAMA PROGRAM

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

  • Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Bil. Kategori Kriteria
1Kanak – kanak
  1. berumur di bawah 4  tahun;
  2. bagi tahun kalendar di mana umur kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
  3. mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.
2Ibu Bapa / Penjaga
  1. Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
  2. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
  3. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);
3TASKA / Penjaga
  1. Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
  2. TASKA berdaftar dengan JKM;
  3. Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
  4. Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.

CARA PERMOHONAN

  1. Lengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
  1. Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.
  1. Borang YP1 dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) dikemukakan oleh pengusaha TASKA kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan.
  1. Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-

IBU BAPA/ PENJAGA

Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen berikut:- 

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
  • Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
  • Salinan resit yuran bulanan TASKA;
  • Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
  • Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
  • Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
  • Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.
 
 
PENGUSAHA TASKA
 
Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen berikut:- 

  • Salinan kad pengenalan pengusaha;
  • Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
  • Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
  • Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
  • Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

MAKLUMAN 

KELULUSAN

 
TEMPOH PERMOHONAN

 

Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.

PEMULANGAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

 

Subsidi yuran pengasuhan hendaklah dipulangkan kepada JKMN dalam keadaan berikut:

 

  • Kanak-kanak tidak hadir ke TASKA melebihi satu (1) bulan; atau
  • Kanak-kanak berhenti dari TASKA; atau
  • Kanak-kanak bertukar ke TASKA lain; atau
  • atas sebab-sebab lain yang diarahkan oleh JKM.

 

Baki wang subsidi yuran pengasuhan yang tidak dibelanjakan hendaklah dikembalikan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dengan menggunakan Borang YP7 (Borang Maklumat Pemulangan Subsidi Yuran/ Lebihan Subsidi Yuran Pengasuhan) dengan menggunakan cek/ Money Order/ Postal Order atas nama “PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI ……”.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 

Alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan iinformasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak