Cara menebus diskaun 70% saman JPJ sepanjang bulan kemerdekaan



Berita baik buat mereka yang mempunyai saman tertunggak, terkini Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) ada membuat tawaran pengurangan saman sebanyak 70 Peratus sempena bulan kemerdekaan. Oleh itu, bagi mereka yang ingin menyelesaikan hutang piutang mengenai saman yang sedia ada, bolehlah berbuat demikian sepanjang tempoh pengurangan jumlah saman. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pengurangan saman samaada syarat-syarat kelayakan dan cara pembayaran bolehlah mengikuti informasi di bawah:- 

TEMPOH TAWARAN BAYARAN SAMAN

18 Ogos 2021 - 16 September 2021

JENIS SAMAN YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN DISKAUN 70%

Berikut merupakan semua jenis saman yang boleh mendapatkan diskaun 70% sepanjang bulan kemerdekaan ini :- 

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) 
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) 
  • Kaedah-kaedah & Perintah-perintah di bawahnya 
  • Kes-kes yang masih dalam tindakan senarai hitam 
    • Bagi pesalah lalu lintas yang disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan atau negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.
  • Semua saman yang masih aktif 
Sumber: Berita Harian/Bernama

CARA PEMBAYARAN SAMAN

Semua saman-saman ini boleh dibayar di :- 

  • Semua pejabat JPJ Negeri, cawangan dan juga UTC 
  • Kiosk JPJ






*Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di nombor 03-8000 8000 atau layari laman web https://www.jpj.gov.my/.

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk menyelesaikan saman JPJ dengan harga yang lebih murah.  Terus maju jaya. 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak






Tiada ulasan