Cara Permohonan Anak Pelihara/Angkat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Mesti ada sebahagian daripada kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk memohon anak pelihara ataupun anak angkat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kini, dengan inisiatif penuh JKM, JKM telah membuka satu Program Anak Pelihara. Program ini merupakan kanak-kanak atau bayi terbuang dan tidak mempunyai ibubapa  atau penjaga yang diselamatkan oleh JKM dan diserahkan  kepada ibubapa pelihara  yang dirasakan sesuai  oleh KPKM.

Oleh itu bagi ibubapa ataupun keluarga yang berkeinginan untuk mengikuti program anak pelihara dan ingin mengetahui prosuder-prosuder tertentu, marilah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

NAMA PROGRAM

Program Anak Pelihara 

TUJUAN PROGRAM

Ibubapa Peliharaan

  • Memberi Peluang Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Tidak Mempunyai Anak Merasai Suasana Kehidupan Berkeluarga Mengikut Saluran Yang Betul.
  • Dapat Menumpang Dan Mencurah Kasih Sayang Kepada Anak Pelihara


Anak Pelihara


  • Memberi Peluang Kepada Kanak-Kanak Menikmati Kehidupan Berkeluarga Dan Mendapat Belaian Kasih Sayang
  • Rangsangan Untuk Tumbesaran Dari Aspek Fizikal, Mental, Sosial, Emosi Dan Psikologi
  • Pendidikan Holistik Yang Lebih Baik Dan Sempurna

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia Dan Menetap Di Malaysia.
  • Berusia 25 Hingga 60 Tahun.
  • Perkahwinan Secara Sah (5 Tahun Ke Atas)
  • Bagi Perkahwinan Yang Kurang Dari 5 Tahun Dan Mempunyai Komplikasi Kesihatan Reproduktif Atau Kesihatan Yang Menyukarkan Proses Kehamilan Atau Perkahwinan Yang Lewat Juga Dipertimbangkan Permohonannya.
  • Peluang Untuk Mendapat Anak Tipis Kerana Faktor Usia.
  • Pemohon Bujang Boleh Dipertimbangkan Dan Perbezaan Umur Diantara  Pemohon Dan Kanak-Kanak Mestilah Melebihi  21 Tahun. Pemohon Lelaki Bujang Dibenarkan Mengambil Kanak-Kanak Lelaki Sahaja.
  • Mempunyai Pendapatan Yang Mampu Menyara Kehidupan Keluarga.
  • Hendaklah Sihat Dari Segi Mental Dan Fizikal.
  • Bebas Dari Rekod Jenayah.
  • Keadaan Tempat Tinggal Yang Sesuai Dan Selamat.
  • Menganut Agama Yang Sama Dengan Kanak-Kanak.

CARA MEMOHON

  • Pemohon Perlu Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Berdekatan
  • Sediakan Dokumen Yang Diperlukan :-

    • Gambar Ukuran Pasport (Suami/Isteri)
    • Surat Pengesahan Dari Pegawai Perubatan Mengenai Status Kesihatan Pemohon (Suami/Isteri).
    • Salinan Kad Pengenalan (Suami/Isteri).
    • Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
    • Slip Gaji Atau Pengesahan Pendapatan (Suami/Isteri).
    • Lain-Lain Dokumen Sokongan, Contah : Laporan Pakar Perubatan, Surat Sokongan Lain Dan Sebagainya.

PERHATIAN

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.

 PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMU DUGA

  •  Menilai latar belakang sosial pemohon.
  •  Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  •  Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  • Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960)yang mana bersesuaian.

 PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKM

  • Permohonan anak pelihara yang diterima akan dipertimbangkan oleh Pengarah Bahagian Kanan-Kanak.
  • Semua permohonan akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
  • Permohonan yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) dari tarikh surat pertimbangan dikeluarkan.
  • Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat akan menawarkan anak pelihara kepada pemohon yang telah diletakkan di dalam senarai menunggu setelah Mesyuarat Panel Penempatan  Anak Pelihara bersidang.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai program yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 
Alamat: 
Bahagian Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Telefon : 03-8323 1000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 
Sila sebarkan iinformasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.