Dah dapat rebat 40% diskaun elektrik pada bulan lalu? Mari dapatkan lagi bulan ini


Tahukah anda? Pada bulan lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemberian  diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. 

Untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai pemberian diskaun ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah:-


DISKAUN SEBANYAK 40% PENGGUNAAN BAWAH 200 KILOWAT JAM SEBULAN

Untuk menentukan pemberian kadar diskaun ini yang boleh direbat sehingga  40 peratus, penggunaan elektrik hendaklah mencecah sebanyak di bawah 200 kilowatt sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan sahaja.

PENGUATKUASAAN DISKAUN ADALAH SELAMA TEMPOH TIGA BULAN MULAI BULAN JULAI 2021

Dah masuk bulan Ogos bukan, jika dilihat secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021. Oleh itu, sudahkan anda semak bil elektrik anda? 

Jika anda menepati syarat yang telah diberikan bagi tujuan rebat diskaun ini, dan masih tidak dilaksanakn lagi anda bolehlah menghubungi pembekal elektrik anda dengan kadar segera. 

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai potongan diskaun ini, anda bolehlah melayari portal kawalan elektrik di bawah mengikut negeri:- 

Tenaga Nasional Berhad: https://www.tnb.com.my/mco/pemulih

Sarawak Energy             : https://www.sarawakenergy.com/media-info/announcements-publications/announcement-extension-of-electricity-discounts-for-sarawak-energy-customers-until-2021

Sabah Electricity (SESB) : https://ocs.sesb.com.my/?m=logme

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengetahui info semasa mengenai diskaun bil elektrik ini. Terus berusaha dan maju jaya, dan terus patuh pada SOP! Semoga pandemik cepat reda, dan kita boleh beraktiviti seperti biasa. 

Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak