Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia bagi Kelayakan SPM . Gaji RM1355.00 – RM4007.00


Anda lepasan SPM? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Inginkan pekerjaan yang bergaji lumayan? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Penerangan Malaysia ada membuka lebih 40 kekosongan jawatan Pembantu Penerangan Gred S19.

Oleh itu kepada adik-adik lepasan SPM ataupun SKM yang berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pembantu Penerangan Gred S19

GAJI 

RM1355.00 – RM4007.00 

Kenaikan tahunan: RM100.00

KEKOSONGAN 

  • 18 KEKOSONGAN 
  • 30 SIMPANAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai  SPM/SKM TAHAP 2 & 3 (BIDANG DESA/KHIDMAT KOMUNITI) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

5 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak