Ini Jumlah Bayaran BKC Fasa 1 Sehingga Fasa 3 Yang Wajib Anda Tahu


Berita baik bagi semua penerima BPR, anda boleh dan layak untuk mendapatkan Bantuan Khas Covid-19 yang telah pun mula dibayar bermula 6 September 2021 lalu. Tapi masih ramai yang tidak tahu berapakah jumlah bayaran penuh BKC Fasa 1 sehingga Fasa 3 ini.
Justeru, kami kongsikan kepada anda jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak mengikut kategori.

Jumlah Bayaran BKC Fasa 1

Jumlah bantuan BKC yang akan diberikan pada fasa 1 adalah seperti berikut:
Kategori Miskin Tegar
  • Isi Rumah: RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
  • Bujang: RM200
Kategori B40
  • Isi Rumah: RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
  • Bujang: RM200

Kategori M40
  • Isi Rumah: RM250
  • Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM100
  • Bujang: RM100

Semakan Status Bantuan BKC

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status BKC:
  1. Buka laman web BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
  3. Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.