Permohonan Pembiayaan Rantaian Bekalan Dengan Nilai Minima RM500,000


Definisi Pembiayaan Rantaian Bekalan

Pembiayaan rantaian bekalan (SCF) adalah satu set proses perniagaan dan pembiayaan berasaskan teknologi yang menghubungkan pelbagai pihak dalam transaksi pembeli, penjual, dan institusi pembiayaan – untuk mengurangkan kos pembiayaan dan meningkatkan kecekapan perniagaan. Pembiayaan rantaian bekalan menyediakan kredit jangka pendek yang mengoptimumkan modal kerja bagi pembeli dan penjual.


Apa Itu BSC ?

Anda seorang pembekal perniagaan? Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan sebagai pembekal, Usahawan Bumiputera kini boleh memohon pembiayaan melalui Dana Rantaian Bekalan Bumiputera ataupun BSC 

BSC merupakan sebuah program pembiayaan yang diwujudkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU sebagai langkah untuk membangunkan jaringan pembekal di kalangan PKS Bumiputera sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Agenda Bumiputera yang diterajui oleh Teraju. 

Program ini bertujuan untuk membantu para usahawan bumiputera dalam mengembangkan perniagaan mereka seterusnya menjadikan pembekal PKS Bumiputera lebih berdaya saing di Malaysia. 
Kepada yang berminat, berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan berkenaan dengan BSC ataupun Pembiayaan Rantaian Bekalan.

Tujuan Pembiayaan

Pemohon yang memohon pembiayaan ini perlu memenuhi salah satu daripada dua tujuan pembiayaan

Modal kerja atau Pembelian aset (tidak termasuk aset hartanah).

Jumlah Pembiayaan 

Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan

1. BSC menawarkan  jumlah pembiayaan dengan nilai minima sebanyak RM500,000 dan jumlah maksima sebanyak RM5 juta.

2. Bagi margin pembiayaan, 85% adalah daripada pihak bank dan 5% daripada kos akan dibayar oleh pelanggan. Selain itu, jumlah yang sama akan dikembalikan kepada pelanggan menggunakan dana geran setelah pembiayaan dibayar balik sepenuhnya. 

3. Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan (“grace period”) sehingga 12 bulan.

Cagaran

Cagaran yang akan dikenakan kepada pemohon yang layak menerima pembiayaan ini adalah:

  • Geran 15% akan dipegang oleh Bank sebagai margin sekuriti.
  • Lain-lain cagaran atau skim jaminan yang boleh diterima oleh Bank.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Perusahaan pemohon mestilah bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  2. Pegangan saham Bumiputera dalam syarikat mestilah minima 60%.
  3. Bukan anak syarikat kepada syarikat GLC atau MNC.
  4. Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah Bumiputera.
  5. Majoriti Pengurusan Tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
  6. Syarikat di dalam sektor Pembuatan, Pemborongan, Peruncitan dan yang berkaitan.

Cara Permohonan

Untuk permohonan BSC, pemohon perlu berkunjung ke mana-mana cawangan SME Bank yang terdekat untuk membuat permohonan.

Senarai cawangan SME Bank seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.smebank.com.my/en/about-us/corporate-info/branch-network.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BSC, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700.

Maklumat Penuh Permohonan