Semakan Status Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 2021

Berita baik bagi mereka yang sudah membuat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1, anda boleh untuk membuat semakan status panggilan eksesais temuduga lisan anda di ePengambilan PDRM.
Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status di ePengambilan PDRM.

Tarikh Semakan Status Panggilan

Anda boleh untuk membuat semakan stataus panggilan eksesais temu duga lisan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) seperti berikut:
  • 23 Ogos sehingga 20 September 2021

Cara Membuat Semakan Status

Semua calon bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) yang telah menduduki Ujian Integriti SPIER-PDRM pada tahun 2021 dikehendaki untuk:
  • Log masuk sistem E-Pengambilan PDRM https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ untuk membuat semakan.
  • Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semakan Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan temu duga lisan dalam sistem E-Pengambilan PDRM
  • Calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam surat panggilan temu duga lisan.

Laman Web ePengambilan PDRM

Maklumat Penting

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi talian Help Desk 03-22668348/8350/8351