Ini Cara Mohon Bantuan JKM RM350 Untuk Keluarga 2021

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk keluarga yang memerlukan antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.
Kami kongsikan bagaimana cara untuk memohon bantuan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekutuan, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan:-
  • Buka laman web eBantuanJKM
  • Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”
  • Daftar permohonan Mengikut negeri
  • Isikan nombor kad pengenalan
  • isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan senarai dokumen yang diperlukan:-
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
  • *Bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

BORANG BERKAITAN

Semakan Status Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status permohonan bantuan JKM:
  • Buka Laman Web eBantuanJKM
  • Tekan butang “Semakan Status Permohonan Talian”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak,
  • Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di tempat anda membuat permohonan atau anda boleh menghubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh KLIK SINI.