Bantuan Telefon & Internet Untuk Seluruh Rakyat Malaysia 2021

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk rakyat Malaysia iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dan Peranti Keluarga Malaysia.
Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara untuk memohon.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan sebuah pakej prabayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.
Melalui pakej ini, mereka akan menikmati internet dengan bayaran hanya RM10 sebulan (dibayar RM30 untuk 3 bulan) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan. Ditambah lagi dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti.
Untuk data 20GB tersebut, mereka boleh menggunakannya untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan.
Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari, ia boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
Menerusi pakej ini, pengguna juga akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

Tarikh Membuat Permohonan

Bantuan ini akan mula dibuka pada 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2021.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksaan kedua-dua pakej ini
Pengguna yang layak boleh melanggan kedua-dua pakej ini dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.
Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yang terlibat:

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh KLIK SINI atau melayari lama web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di https://www.kkmm.gov.my/