Cara Tebus Bantuan Kewangan Bernilai RM300

Tahukah anda? Kerajaan pada bulan Mac lalu telah mengumumkan Pelan PEMERKASA bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.  Salah satu bantuan daripada Pelan PEMERKASA ini adalah Program Prihatin Kasih.


Tahukah anda? Kerajaan pada bulan Mac lalu telah mengumumkan Pelan PEMERKASA bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Salah satu bantuan daripada Pelan PEMERKASA ini adalah Program Prihatin Kasih.


Program Prihatin Kasih

Program ini merupakan sebuah bantuan yang akan dilaksanakan melalui peruntukan bantuan tanpa tunai. Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi program ini yang akan memanfaatkan lebih 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.




Jumlah Bantuan

Berikut dikongsikan perincian mengenai bantuan ini:

  • Bantuan yang diberikan bernilai RM100 sebulan untuk tempoh tiga bulan (RM300)
  • Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun MyKad penerima yang layak
  • Penerima boleh membuat pembelian makanan asas di kedai yang terpilih


Lokasi Pembelian

Berikut dikongsikan pasar raya dan kedai terpilih untuk menebus bantuan ini:

  • Giant
  • Econsave
  • Mydin
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores
  • Dan kedai runcit yang lain - KLIK SINI


Bulan Pelaksanaan

  • Julai - September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
  • Ogos - Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  • September - November 2021 / Oktober - Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak


Semakan Kelayakan

  • Buka laman web MyKasih - KLIK SINI
  • Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha
  • Tekan butang "Semak Status"
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  • Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  • Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan




SUMBER: Kerjasemasa


Catat Ulasan

0 Ulasan