Cara Menebus Baucar Shopee RM100 ~ Tebus Sekarang!

Ramai yang tidak mengetahui mengenai Baucar Pelancongan Kita Selangorku 2.0 yang boleh dituntut untuk digunakan berbelanja di Selangor.  Dengan adanya baucar ini, anda boleh jimat berbelanja ketika bercuti di selangor dan untuk pengetahuan anda, lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua.


Ramai yang tidak mengetahui mengenai Baucar Pelancongan Kita Selangorku 2.0 yang boleh dituntut untuk digunakan berbelanja di Selangor.

Dengan adanya baucar ini, anda boleh jimat berbelanja ketika bercuti di selangor dan untuk pengetahuan anda, lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua.

Jumlah Baucar Dan Tempoh Sah Laku

Baucar ini bernilai RM100 dan boleh dituntut sehingga Disember 2021. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga Jun 2022.


Syarat Kelayakan Menuntut Baucar

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menuntut baucar:

  • Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan yang sah
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021
  • Setiap pengguna shopee terhad kepada SATU transaksi setiap baucar sepanjang tempoh kempen
  • Terhad kepada 10,000 baucar sepanjang tempoh kempen
  • Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi “ShopeePay” sahaja
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi
  • Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis atau pada masa tempoh kempen berakhir mengikut mana yang lebih awal
  • Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain
  • Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai

Cara Untuk Tuntut & Guna Baucar

Baucar boleh dituntut melalui platform Shopee di:


*Pembayaran hanyalah menggunakan ShopeePay dan hanya boleh ditebus sekali sahaja
*Pastikan Pakej Pelancongan yang anda ambil termasuk di dalam Pakej Kita Selangor 2.0


SUMBER: Kerjasemasa