Permohonan Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Tahukah anda, negeri Selangor ada memperkenalkan satu program yang memberikan bantuan khusus kepada ibu-ibu di Selangor khususnya golongan B40. Program ini dinamakan sebagai Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor).


Tahukah anda, negeri Selangor ada memperkenalkan satu program yang memberikan bantuan khusus kepada ibu-ibu di Selangor khususnya golongan B40. Program ini dinamakan sebagai Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor).



KISS Selangor

Program ini merupakan bantuan kebajikan yang diberikan khusus kepada kaum ibu di Selangor bagi mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pemberlian barangan keperluan asas.

Melalui program ini, mereka boleh membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless dengan menggunakan kad KISS Selangor.



Syarat Kelayakan

Syarat Utama
1. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000
2. Tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih

Syarat Lain
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Pemilih berdaftar di Selangor
4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi
5. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan.



Cara Membuat Permohonan

Secara Online:
1. Buka laman web www.kiss.com.my
2. Klik Permohonan Online (Ibu Tunggal)

Secara Manual:
1.Muat turun borang pendaftaran dari laman web rasmi KISS Selangor atau boleh diambil di:
  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

2. Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan
3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor



Manfaat Kad KISS Selangor

1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
2. Kad KISS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
4. RM200 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik



Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan KISS Selangor, anda boleh menghubungi pihak pengurusan di: 
Talian hotline: 1800-22-6600
Faks: 03-5525 6900