Permohonan Rebat Bil Elektrik Untuk B40

Tahukah anda, kerajaan ada mengumumkan bantuan Program Rebat Bil Elektrik pada 2 Januari 2021 lalu. Program ini khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.


Tahukah anda, kerajaan ada mengumumkan bantuan Program Rebat Bil Elektrik pada 2 Januari 2021 lalu. Program ini khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.




PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 sehingga 2018.

Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang sebelum ini dibuka kepada semua pengguna domestik akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat sehingga RM40 sebulan jika tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM.


SYARAT KELAYAKAN

1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebhat ialah KIR miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.

2. Berpendapatan bulan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.

3. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021

4. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.

5. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar dan disahkan dalam sistem eKasih.

6. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.

7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2019 dan 2020.

8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari masa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun.

9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.


SEMAKAN KELAYAKAN

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal semakan rebat ketsa di  https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

Hanya pemohon di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40.


FAQ

Soalan-soalan lazim mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40 boleh klik di sini.




MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanya mengenai program ini, ada boleh menghubungi:-

  • Talian Hotline MyGCC : 03-8000-8000
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
  • Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
  • Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.