Permohonan Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin


Tahukah anda, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) ada menyediakan bantuan khusus untuk ibu baru bersalin.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan bantuan ini.

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Melalui pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bantuan berjumlah RM450 khusus untuk ibu yang baru melahirkan anak bermula 1 Januari 2021.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bantuan ini.


Bantuan Ibu Bersalin (BIB)


Syarat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu yang memegang kad pengenalan Sarawak iaitu berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K” (Sarawak Connection)
  3. Melahirkan anda di dalam atau di luar Sarawak
  4. Apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin, pendaftaran boleh dibuat.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan ibu
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon buka berstatus “K”
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu
  5. Salinan buku akaun / penyata akaun
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi



Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah sama ada online atau secara manual.

  1. Permohonan online boleh dilakukan melalui iSarawakCareKLIK SINI 
  2. Permohonan secara manual boleh dapatkan borang permohonan DI SINI atau boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja)
  3. Kemudian borang boleh diserahkan dimana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWPK melalui:
Emel: [email protected]
Talian: 082-442050
Laman Web: kwkpk.sarawak.gov.my

Tahukah anda, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) ada menyediakan bantuan khusus untuk ibu baru bersalin.  Berikut dikongsikan maklumat berkaitan bantuan ini.