Bantuan RM300 Akan Disalurkan Pada Bulan Disember Ini

Tahukah anda? Satu bantuan akan disalurkan pada bulan Disember yang berjumlah RM300. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.


Tahukah anda? Satu bantuan akan disalurkan pada bulan Disember yang berjumlah RM300. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.




Kadar Bantuan Yang Diberikan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada setiap pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.

Bantuan ini melibatkan dua kali pembayaran iaitu: 

  • November: RM300
  • Disember: RM300

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada setiap pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.  Bantuan ini melibatkan dua kali pembayaran iaitu RM300 pada bulan November dan RM300 lagi pada bulan Disember 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

Pekebun Kecil RISDA

  1. Pekebun merupakan warganegara Malaysia
  2. Pekebun kecil yang berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Penoreh merupakan warganegara Malaysia
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Cara Membuat Permohonan

Tiada permohonan baru dibuka setakat ini kerana permohonan telah pun ditutup sejak 15 November 2021. 


Semakan & Kemaskini Maklumat BMT 

Bagi penerima BMT 2020, anda hanya perlu membuat semakan dan kemaskini maklumat dengan:

  1. Melayari laman web RISDA di https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/
  2. Isikan no kad pengenalan dan tekan butang “Submit”
  3. Kemaskini maklumat nombor telefin dan akaun bank
  4. Tekan butang “Submit” untuk membuat penghantaran




Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022