Info Terkini Berkenaan Pengeluaran One-Off RM10,000 KWSP

Umum diketahui bahawa pembayaran i-Citra akan berakhir pada bulan Disember ini setelah 5 bulan dilaksanakan dan rakyat sangat berharap supaya kerajaan meneruskan pengeluaran i-Citra pada tahun hadapan,  Selain itu, rakyat juga turut memperjuangkan pengeluaran one-off RM10,000 dan sehingga hari ini masih tiada khabar mengenainya


Umum diketahui bahawa pembayaran i-Citra akan berakhir pada bulan Disember ini setelah 5 bulan dilaksanakan dan rakyat sangat berharap supaya kerajaan meneruskan pengeluaran i-Citra pada tahun hadapan,

Selain itu, rakyat juga turut memperjuangkan pengeluaran one-off RM10,000 dan sehingga hari ini masih tiada khabar mengenainya


Perbincangan Perdana Menteri Bersama Menteri Kewangan

Ini adalah berita baik kepada rakyat Malaysia. Menurut sumber daripada Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, isu pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 bakal dibincang dan akan diperhalusi Perdaman Menteri bersama Menteri Kewangan.

Beliau turuy menyatakan bahawa perkara ini telah disebut oleh Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


Perkara Yang Dibincangkan

Berikut adalah perkara yang telah dibincangkan antara Ketua Pemuda UMNO dan Perdana Menteri.

Asyraf menjelaskan isu berkenaan kepada Ismail mengenai situasi orang ramai yang kini berada dalam keadaan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehiduapan selepas dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji serta hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.


Asyraf turut menjelaskan bahawa pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Beliau turut mencadangkan supaya pengeluaran diberi pilihan kepada golongan yang memerlukan.


Menurut Asyraf juga, Perdana Menteri menyatakan kepadanya bahawa perkara ini akan dibawa dan dibincangkan kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

Sumber: Bantuansemasa

Catat Ulasan

0 Ulasan