Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Bagi Status Gagal Kredit

Kepada pemohon GKP yang berstatus gagal kredit, pengemaskinian akaun kini boleh dibuat di laman portal GKP.  Status gagal kredit menyebabkan bayaran tidak dapat dilakukan ke akaun pemohon. Oleh yang demikian, pihak LHDN telah mengumumkan kemaskini terakhir untuk mereka yang berstatus gagal kredit.


Kepada pemohon GKP yang berstatus gagal kredit, pengemaskinian akaun kini boleh dibuat di laman portal GKP.

Status gagal kredit menyebabkan bayaran tidak dapat dilakukan ke akaun pemohon. Oleh yang demikian, pihak LHDN telah mengumumkan kemaskini terakhir untuk mereka yang berstatus gagal kredit.



Mereka diberi peluang terakhir untuk mengemaskini maklumat akaun bank dengan syarat akaun bank peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan, berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Tarikh Kemaskini

Pengemaskinian maklumat akaun bank boleh dibuat bermula 6 sehingga 20 Disember 2021 di laman web GKP https://gkp.hasil.gov.my/



Tarikh Pembayaran Semula GKP

Setakat ini tiada tarikh tertentu bilakah pembayaran semula GKP akan dilakukan. Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan juga, penerima GKP yang berstatus lulus tetapi gagal kredit semasa bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemaskini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.




Soalan Lazim

1. Pemohonan tidak mempunyai akaun selain dari akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.

Pemohon perlu membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan pastikan akaun bank tersebut adalah akaun bank peribadi atas nama pemohon (bukan akaun bank perniagaan)

Pemohon juga digalakkan untuk membuka akaun bank baharu bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran semula GKP hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.


3. Sekiranya pembayaran GKP berstatus gagal kredit dan saya baru sahaja mengaktifkan akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi tersebut, adakah saya perlu membuat kemaskini akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan?

Ya. Anda perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan dengan memasukkan maklumat akaun bank yang sama memandangkan pembayaran semula hanya dikreditkan kepada pemohon yang telah mengemaskini maklumat akaun dalam tempoh tersebut.

4. Jika penerima berstatus gagal kredit dan telah meninggal dunia, adakah pembayaran semula akan dikreditkan ke akaun bank penerima berkenaan?

Bagi penerima yang telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021, tidak layak menerima pembayaran semula GKP 2021 jika berstatus gagal kredit.


5. Sekiranya saya gagal mengemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh 6 – 20 Disember 2021, adakah permohonan kemaskini maklumat akaun dibuka semula pada masa akan datang?

Tidak. Tempoh pengemaskinian maklumat akaun bank yang dibuka pada tarikh tersebut adalah permohonan kemaskini akaun bank yang terakhir bagi pembayaran semula kepada penerima GKP yang masih berstatus gagal kredit.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan GKP, anda boleh menghubungi:

Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566