Permohonan Bantuan Kewangan Berjumlah RM2,700

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah jabatan yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan masyarakat dengan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan. pembangunan dan pengintegrasian.  Bantuan yang disalurkan oleh JKM meliputi semua golongan termasuklah kanak-kanak, orang kurang upaya, orang tua dan peniaga.


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah jabatan yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan masyarakat dengan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan. pembangunan dan pengintegrasian.

Bantuan yang disalurkan oleh JKM meliputi semua golongan termasuklah kanak-kanak, orang kurang upaya, orang tua dan peniaga.

Bantuan Geran Pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bantuan ini khusus kepada golongan peniaga yang bekeperluan dan pembayaran bantuan ini akan diberikan secara tunai.

Objektif program ini adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga serta mewujudkan program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan maksimum sehingga RM2,700 dan secara one-off


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini:

  • Merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Merupakan Kumpulan Sasar JKM
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa atau
  • Mana-mana kes yang bekeperluan yang berasa layak untuk dipertimbangkan untuk kelulusan

Syarat-Syarat Lain

Berikut adalah syarat lain untuk membuat permohonan bantuan ini:

  • Bantuan ini hanya diberikan kepada penerima bantuan JKM semasa sahaja
  • Jika anda bukan penerima semasa, pemohon boleh membuat mana-mana bantuan bulanan terlebih dahulu
  • Semakan kelayakan Bantuan Geran Pelancaran ialah berdasarkan penerimaan bantuan bulanan JKM
  • Sekiranya layak, maka pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Geran Pelancaran


Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran.

Permohonan secara online boleh melalui Sistem Pengurusan bantuan Kebajikan – KLIK SINI

Anda dinasihatkan untuk hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat tersebut untuk maklumat lebih terperinci.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM di talian 03-8000 8000


Sumber: Kerjasemasa