Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Berikutan pengumuman Perdana Menteri mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Inisiaitf Rumah Kasih Keluarga Malaysia.  Melalui inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukkan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)


Berikutan pengumuman Perdana Menteri mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Inisiaitf Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Melalui inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukkan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)


Inisiatif Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Insiatif ini merupakan salah satu daripada Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dalam usaha mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Perdana Menteri sebelum ini telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI), baucar tunai pembelian barangan elektrik, baucar tunai pembaikan kenderaan, pemberian khas pembelian barangan keperluan dan bantuan tunai kerja-kerja pembaikan rumah.


Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan dalam inisiatif ini:

  • RM15,000 – Baik pulih rumah
  • RM56,000 – Bina baru rumah (Semenanjung)

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, Ketua isi rumah perlu membuat permohonan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan pejabat daerah.


Tempoh Masa Pembinaan & Baik Pulih Rumah

Tempoh pembaikan bergantung kepada tahap kerosakan rumah dan akan dilaksanakan sejurus mendapat kelulusan nama daripada PKOB

Manakala bagi pembinaan rumah, tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan dan bergantung kepada kesediaan tapak.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh rujuk Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) dan Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)