TERKINI: Semakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

 Semakan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka tidak lama lagi untuk melihat sama ada permohonan kita diterima ataupun tidak memandangkan 31 Januari 2022 ini adalah tarikh akhir bagi pengemaskinian maklumat permohonan BKM.  BKM adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Semakan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka bermula 28 Mac 2022 untuk melihat sama ada permohonan kita diterima ataupun tidak memandangkan 28 Mac 2022 ini adalah tarikh pembayaran BKM.

BKM adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:

  • RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
  • RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:

  • RM400 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

  • RM600

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

  • RM350

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.


Cara Membuat Semakan & Rayuan Permohonan

Semakan permohonan boleh dibuat d laman web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/ 

Rayuan Permohonan BKM akan mula dibuka pada 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.


Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat telah tutup sejak 31 Januari 2022.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

1 thought on “TERKINI: Semakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022”

Comments are closed.