Tarikh Pembayaran BKM Fasa 1

 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:

  • RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
  • RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:

  • RM400 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

  • RM600

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

  • RM350

Tarikh Pembayaran BKM

Untuk pengetahuan anda, mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Buat masa sekarang, tiada pengumuman dibuat bilakah tarikh pembayaran yang terperinci. Namun begitu, dijangkakan pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan memberi info dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/


Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

1 thought on “Tarikh Pembayaran BKM Fasa 1”

Comments are closed.