Permohonan Bantuan RM600 Untuk Pekerja Di Malaysia ~ Mohon Sebelum 31 Mac 2022

 PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar akan memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat pandemik yang melanda negara.  Majikan yang mengalami penurunan pendapatan 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan layak untuk memohon subsidi upah.  SIP Subsidi Upah bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.


PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar akan memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat pandemik yang melanda negara.

Majikan yang mengalami penurunan pendapatan 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan layak untuk memohon subsidi upah.

SIP Subsidi Upah bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.



SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuannya adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi serta penutupan operasi semasa PKP agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program ini ditambahbaik dengan tiada penetapan had gaji pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 namun terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.

Majikan juha perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notis secara bertulis kepada pekerja berkenaan berkaitan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.



Tarikh Permohonan

PSU 5.0 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 dan berakhir pada 31 Mac 2022.


Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dilakukan secara online di https://psu.perkeso.gov.my/


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PSU 5.0 boleh KLIK DISINI. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh kemukakan di pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/