Cara Membuat Tuntutan RM1,000 Untuk Penerima BKM 2022

 Tahukah anda, sebuah bantuan khusus disediakan untuk penerima BKM iaitu Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022


Seperti yang diketahui, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Tahukah anda, sebuah bantuan khusus disediakan untuk penerima BKM iaitu Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:

  • RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
  • RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:

  • RM400 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

  • RM600

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

  • RM350

Skim Khairat Kematian (SKK)

SKK merupakan sebuah bantuan yang boleh dituntut oleh waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM1,000


Syarat Kelayakan SKK

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk penerima SKK:

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekirangan pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari – 31 Disember 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak menerima SKK
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja yang layak membuat tuntutan SKK
  • Waris hendaklah terdiri daripada pasangan / ibu / bapa / anak / adik-beradik / cucu sahaja

Cara Menuntut SKK

Penerima yang layak boleh membuat tuntutan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menyediakan beberapa dokumen berikut:

  • Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil


Tarikh Pembayaran BKM

Untuk pengetahuan anda, mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Buat masa sekarang, tiada pengumuman dibuat bilakah tarikh pembayaran yang terperinci. Namun begitu, dijangkakan pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan memberi info dari semasa ke semasa.


Kaedah Pembayaran BKM

Berikut merupakan kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akuan bank terkini yang telah didaftarkan

Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit

  • Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan

Tiada akaun bank

  • Tuntutan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.


Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/


Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/