Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Kategori Bujang

 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.  Ini adalah info berkaitan jumlah bantuan BKM yang akan diterima untuk kategori bujang.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Ini adalah info berkaitan jumlah bantuan BKM yang akan diterima untuk kategori bujang.


Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada bujang.

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

  • RM350

Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

  • RM600




Tarikh Pembayaran BKM

Untuk pengetahuan anda, mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Buat masa sekarang, tiada pengumuman dibuat bilakah tarikh pembayaran yang terperinci. Namun begitu, dijangkakan pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula sebelum suku kedua tahun 2022. Kami akan memberi info dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/


Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Catat Ulasan

0 Ulasan