Cara Buka Akaun Bank CIMB Secara Online

Kepada anda yang ingin membuat akaun bank CIMB, anda kini boleh membuka akaun secara atas talian tanpa perlu perlu pergi ke kaunter bank.  Kami dari Blog Rojak akan berkongsi cara untuk membuka akaun bank CIMB secara atas talian.


Kepada anda yang ingin membuat akaun bank CIMB, anda kini boleh membuka akaun secara atas talian tanpa perlu perlu pergi ke kaunter bank.

Kami dari Blog Rojak akan berkongsi cara untuk membuka akaun bank CIMB secara atas talian.

Akaun Simpanan-I OctoSavers

Akaun Simpanan-I OctoSavers merupakan akaun simpanan Islam digital dengan kerjasama CIMB OctoDebit MasterCard yang baru.

Ia disediakan khusus untuk kemudahan pelanggan baru berikutan pembukaan akaun dan proses penyertaan dibuat sepenuhnya atas talian. Kad debit akan dihantat kepada pelanggan untuk memastikan pelanggan mengalami pengalaman berurusan tanpa cawangan




Kelebihan Akaun Simpanan-I OctoSavers

Akaun Simpanan-I OctoSavers merupakan akaun simpanan Islam sepenuhnya yang menawarkan ganjaran dan faedah lain serta menikmati pengecualian yuran tahunan OctoDebit Mastercard.

Pemegang akaun boleh mendapatkan points iaitu OctoPoints melalui OctoChallenge dan OctoMission untuk menebus ganjaran seperti baucar dari kedai dalam talian serta e-dompet seperti Shopee, Zalora, Grab, dan Lazada


Cara Buka Akaun Simpanan-I CIMB Online

Untuk Pengguna Baru:

  1. Download aplikasi CIMB Apply di Google Playstore atau Appstore
  2. Klik pada “Open New Account” dan isikan maklumat anda
  3. Kemudian imbas Kad Pengenalan dan Pengesahan Wajah bagi mengesahkan identiti anda
  4. Seterusnya isi e-form untuk pembukaan akaun
  5. Dan pindahkan amaun minima RM20 ke akaun anda
  6. Langkah terakhir adalah dengan mendaftar CIMB Click.
  7. Kad Debit akan dihantar kepada anda.

Untuk Pengguna Sedia Ada:

  1. Log masuk ke laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my
  2. Kemudian klik pada “Apply & Invest” > “Saving Account” dan klik butang Apply
  3. Sila sahkan penyata FATCA dan PEP anda
  4. Seterusnya isi e-form untuk pembukaan akaun
  5. Mohon TAC dan sms akan dihantar ke telefon anda bagi pengesahan transaksi


Cara Untuk Mengaktifkan Octo Debit Mastercard

  1. Untuk pengguna baru, buka aplikasi CIMB Clicks dan pengguna sedia ada log masuk ke laman web CIMB Clicks
  2. Seterusnya log masuk menggunakan ID CIMB Clicks anda
  3. Paparan pop-up akan muncul dan klik “Yes, activate now”. Jika tiada, pergi ke “My Account” > “Current/Saving” dan klik “Activate Card”
  4. Kemudian masukkan 16 digit nombor yang tertera pada kad Octo Debit anda
  5. Buat 6 digit PIN kad bank anda
  6. Langkah terakhir, mohon kod TAC dan kad sudah boleh digunakan untuk pengeluaran tunai dan pembayaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai cara untuk membuka akaun simpanan CIMB secara online, anda boleh melayari laman web CIMB di https://www.cimb.com.my/octosavers 

Rujuk video di bawah:



Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.