Kemudahan Pengeluaran Wang KWSP Sebelum Bulan Ramadan

Shah Alam - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.


Shah Alam – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Beliau juga mencadangkan empat langkah wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.

“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.


Pengeluaran i-Citra RM10,000

“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.


Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan supaya pengeluaran i-Citra sebanyak RM 10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur – Singapura.

“Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap supaya sokongan diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sekadar sokongan sementera sempena Musim Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir.

Sumber : Sinar Harian

7 thoughts on “Kemudahan Pengeluaran Wang KWSP Sebelum Bulan Ramadan”

  1. Saya berharap agar kerajaan luluskan pengeluaran 10k supaya dpt mengurangkan beban kewangan . Ini dpt membantu rakyat agar tidak terjerat dgn peminjaman daripada along … mudah2 segera lulusanlah
    …..

  2. Saya harap kerajaan akan luluskan pengeluaran KWSP kali terakhir ini.Perlu sangat duit ini,tolonglah kerajaan.

  3. Diharapkan pihak kerajaan meluluskan one off 10k disebabkan keadaan sekarang ini…bkm pun belum Dikreaditkan ke acc penerima jadi keperluan sekolah tk ibubapa beli.jdi terpksa meminjam sana sini utk kelangsungan hidup…barang2 semua pun naik kami yang Golongan b40 ni sgt2 terkesan…tolong lah dengar permintaan kmi semoga lembutkan hati perdana mentari sama menteri kewangan melululskan.

  4. Saya berharap sangat2, diluluskan pengeluaran KWSP untuk kali terakhir ini oleh sebap
    Keadaan memaksa..

Comments are closed.