RASMI: Permohonan Bantuan i-Fitri RM400 Kini Dibuka

 Tahukah anda? Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan lebih 115,000 penerima.  Bantuan ini diberikan agar dapat membantu kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.  Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan "Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua" pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.


Tahukah anda? Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan lebih 115,000 penerima.

Bantuan ini diberikan agar dapat membantu kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.

Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.



Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut dikongsikan jumlah bantuan yang akan diberikan:

  • B40: RM400
  • M40: RM250

Syarat Permohonan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat permohonan bantuan i-Fitri:

  1. Mestilah rakyat Terengganu dan menetap di Terengganu
  2. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  3. Pendapatan isi rumah tidak kurang RM2,500 untuk B40
  4. Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 untuk M40

Cara Membuat Permohonan

Permohonan akan dibuka pada 22 Mac sehingga 31 Mac 2022 melalui portal iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/


Cara Bayaran Di Lakukan

Pemohon yang layak akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.



Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini bolehlah layari Sinar Harian DI SINI