i-Perantau: Permohonan Bantuan RM400

Berita baik bagi anak perantau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi abntuan one-off i-perantau kepada anak perantau yang layak.  Melalui bantuan ini dianggarkan lebih 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini  Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapakan dapat meringankan sedikit beban ketika pulang berhari raya.


Berita baik bagi anak perantau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi abntuan one-off i-perantau kepada anak perantau yang layak.

Melalui bantuan ini dianggarkan lebih 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini

Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapakan dapat meringankan sedikit beban ketika pulang berhari raya.


Bantuan i-Perantau

i-Perantau adalah sebuah bantun yang diberikan kepada anak perantauan negeri Terengganu yang berkelayakan.

Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.


Jumlah Bantuan i-Perantau

Berikut adalah jumlah bantuan i-Perantau:

  • Kategori A (Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500): RM400
  • Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 - RM5,000): RM250


Syarat Kelayakan Permohonan i-Perantau

Syarat permohonan i-Perantau adalah sama seperti i-Fitri iaitu:

  • Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Info penuh syarat kelayakan i-Perantau: KLIK SINI


Cara Membuat Permohonan i-Perantau

Permohonan boleh dikemukakan secara online melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/


Tempoh Permohonan i-Perantau

Permohonan boleh dibuat secara online bermula 24 April sehingga 2 Mei 2022.


Tarikh & Cara Bayaran i-Perantau

Bayaran pertama i-Perantau akan bermula pada 15 Mei 2022 di zon Lembah Klang dan akan disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak


Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan i-Perantau bolehlah melayari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi nombor telefon 011-51754924 atau 011-51754969



Catat Ulasan

0 Ulasan