Cara Buka Akaun ASNB & Tambah Duit ASB Secara Online

Pelancaran portal myASNB atau ASB online adalah berita baik bagi mereka yang melabur Amanah Saham Nasional berhad.  Dengan portal ini, pengguna sudah tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.  Semua boleh dilakukan melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau komputer.



Pelancaran portal myASNB atau ASB online adalah berita baik bagi mereka yang melabur Amanah Saham Nasional berhad.

Dengan portal ini, pengguna sudah tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.

Semua boleh dilakukan melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau komputer.

Cara Buka Akaun ASNB Secara Online

Pendaftaran boleh dilakukan di telefon pintar atau komputer. Pendaftaran melalui telefon pintar:

1. Muat turun aplikasi myASNB di Google Playstore / Apple Appstore / AppGallery

2. Buka Aplikasi dan klik daftar

3. Pilih jenis ID, masukkan no. ID dan No. Telefon yang aktif, tandakan kotan dan klik teruskan

4. Masukkan No. OTP yang diterima melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan

5. Masukkan butiran peribadi yang diperlukan, pastikan nombor akaun bank yang diberikan sama dengan nama yang didaftarkan

6. Lengkapkan akaun berkanun dan klik teruskan

7. Isikan butiran pekerjaan dan tandakan kotak dan klik Hantar. (informasi adalah sulit)

8. Bagi membuktikan identiti, muatnaik gambar bahagian depan dan belakang MyKad dan klik teruskan

9. Sebagai keselamatan tambahan, ikuti langkah pengesahan swafoto iaitu menggerakkan kepala dan bercakap dalam dua video berbeza dan klik hantar video

10. Setelah itu, masukkan nama pengguna, kata laluan dan butiran keselamatan dan klik teruskan.

Selesai pendaftaran dan anda boleh mula buat pelaburan dengan klik pada butang yang berkaitan

Cara Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online

Berikut dikongsikan cara untuk tambah duit dalam akaun ASNB secara online setelah anda melengkapkan pendaftaran myASNB

1. Log masuk ke myASNB

2. Klik labur sekarang

3. Jawab 6 soalan mudah untuk pihak ASNB cadangkan produk yang sesuai

4. Pilih jenis pelaburan yang ingin dibuat

5. Masukkan jumlah pelaburan dan pilih cara pembayaran (online banking dsb), tandakan kotak setuju dan klik teruskan

6. Pembayaran selesai dan anda telah melabur dengan myASNB

Cara Check Dividen ASB (Semakan Melalui Maybank2u)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan dividen ASB melalui Maybank2u:

1. Login ke Maybank2u

2. Slide ke sebelah kanan sekali atau klik bahagian atas ACCOUNTS dan pilih WEALTH

3. Tekan VIEW dan semua akaun ASB akan dipaparkan berserta nombor akaun dan jumlah dividen

*Anda juga boleh membuat semakan dividen melalui aplikasi myASNB

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan ASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB d talian 03-7730 8899 (8 Pagi – 10 Malam) atau emel ke [email protected]