Tersilap Transfer Duit? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Kita

Korang mesti pernah tersilap transfer duit kat orang lain kan? Tau tak cara nak dapatkan balik?Kadang ada tersilap transfer dan cepat-cepat call bank dan bank mungkin dapat tolong, akan tetapi kalau dah lambat dan kita baru perasan kadang bank dah tak boleh batalkan transaksi.   jangan risau, di sini kami kongsikan cara-cara nak dapatkan balik duit korang.



Korang mesti pernah tersilap transfer duit kat orang lain kan? Tau tak cara nak dapatkan balik?Kadang ada tersilap transfer dan cepat-cepat call bank dan bank mungkin dapat tolong, akan tetapi kalau dah lambat dan kita baru perasan kadang bank dah tak boleh batalkan transaksi. 

jangan risau, di sini kami kongsikan cara-cara nak dapatkan balik duit korang.

Cara Dapatkan Semula Wang Yang Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain

Berikut kami kongsikan kepada korang cara untuk dapatkan semula wang yang korang tersilap transfer


1. Buat Laporan Polis

Bila melibatkan wang ringgit, benda pertama yang korang kena buat adalah laporan polis. Pergi ke balai berdekatan dan bagitahu nak buat laporan sebab tersalah buat pindahan wang ringgit. Masukkan sekali maklumat berikut:

  1. Waktu transaksi
  2. Nombor akaun yang silap transfer
  3. Jumlah wang yang telah dipindahkan
  4. Butiran-butiran lain yang berkaitan

2. Pergi ke Cawangan Bank Yang Digunakan

Selesai dari membuat laporan polis, korang pergi ke bank yang korang guna untuk transfer duit. Jelaskan dengan lebih lanjut kepada staf bank situasi yang korang hadapi dan minta bantuan untuk dapatkan semula wang korang

3. Tunggu Persetujuan Pemilik Akaun Bank Yang Menerima Duit Tersilap Hantar

Disebabkan pemindahan wang dibuat merupakan kesilapan korang sendiri dan transaksi tersebut juga adalah berjaya, pihak bank tidak boleh dengan mudahnya memasukkan kembali duit tersebut ke dalam akaun asal tanpa ada sebarang persetujuan pemilik akaun tersebut.

Boleh jadi dua kemungkinan pemilik akaun bersetuju atau tidak untuk memulangkan semula wang tersebut. Jika bersetuju, pemilik akaun tersebut hendaklah hadir ke cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan juga mengisi borang khas. Setelai selesai diproses, barulah wang korang tu akan dikembalikan

Bagaimana Jika Penerima / Pemilik Akaun Tidak Mahu Memulangkan Wang Korang?

Jika perkara ini terjadi, tindakan yang korang boleh buat adalah dengan membawa perkara ini ke mahkamah. Jika jumlah wang yang dipindahkan itu di bawah RM5,000 korang perlu isi borang tuntutan melalui Prosedur Tuntutan Kecil / Small Claim Procedure.

Jika melebihi RM5,000, korang kena menggunakan khidmat peguam.

Untuk dapatkan duit semula bukanlah satu proses yang mudah, oleh itu, pastikan korang cek nombor akaun sebelum anda membuat pemindahan wang.


Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi info dan memudahkan anda.