Niat Puasa 6 Syawal, Kelebihan & Hukum Gabung Puasa Ganti

Niat Puasa 6 Syawal, Kelebihan & Hukum Gabung Puasa Ganti

Ramadan sudah berlalu pergi dan berganti pula dengan Syawal yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Ibadah puasa di bukan Ramadan boleh diibaratkan sebagai ‘madrasah’ atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.  Oleh kerana itulah Hari Raya Aidilfitri menjadi tanda kemenangan setelah berjaya mengharunginya. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima Allah dan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripda tahun-tahun yang sebelumnya.

 

 

Ramadan sudah berlalu pergi dan berganti pula dengan Syawal yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Ibadah puasa di bukan Ramadan boleh diibaratkan sebagai ‘madrasah’ atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Oleh kerana itulah Hari Raya Aidilfitri menjadi tanda kemenangan setelah berjaya mengharunginya. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima Allah dan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripda tahun-tahun yang sebelumnya.

 

 

 

Kelebihan Puasa 6 Syawal

Apabila masuk Syawal antara amalan yang disarankan oleh Baginda S.A.W adalah berpuasa enam hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud: ” Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim: 1164]

Kefahaman daripada hadis ini adalah, Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diberikan pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya. Oleh sebab itulah Allah telah menyediakan satu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa sahaja.

 

 

 

Cara Pelaksanaan Puasa 6 Syawal

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

 

Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal).

 

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

 

 

 

 

Lafaz Niat Puasa 6 & Puasa Ganti (Qadha)

Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”

 

Gabungkan Puasa Enam Dengan Puasa Ganti

Persoalan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti kerap ditanya.

Bagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa enam.

 

 

 

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.

Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.