JKM: Permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) RM200

Tahukah anda? Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah bantuan untuk membantu klien jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Jumlah Bantuan Am Negeri

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM200 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
  3. Kes-kes seliaan akhlak
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua

Cara Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun

Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.

Catat Ulasan

0 Ulasan