MyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022

Berita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan dan menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan PERKESO untuk pencari kerja.  Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai MyFutureJobs dan cara-cara untuk membuat pendaftaran.

Berita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan dan menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan PERKESO untuk pencari kerja.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai MyFutureJobs dan cara-cara untuk membuat pendaftaran.

Apakah MyFutureJobs PERKESO?

Secara ringkasnya, MyFutureJobs adalah sebuah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak pandemik C19.

Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program melalui National Employment Services, PERKESO.

Di bawah inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Anda juga berpeluang untuk membina kerjaya anda melalui portal MYFuture Jobs dan menikmati pelbagai kelebihan dari portal tersebut.

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara!


Cara Daftar MyFutureJobs Untuk Pencari Kerja

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar di MyFutureJobs bagi pencari kerja:

1. Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my

2. Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’

3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama

4. Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan

5. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan

6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Cara Memohon Pekerjaan Melalui MyFutureJobs

Berikut dikongsikan cara untuk memohon pekerjaan melalui MyFutureJobs:

Anda boleh membuat carian di laman web MyFutureJobs dengan mudah.

  • Sila buat carian mengikut :
  • Jenis pekerjaan
  • Lokasi
  • Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)

Anda juga boleh mengetahui peluang pekerjaan terbaru di MyFutureJobs melalui laman rasmi Facebook, Twitter ataupun laman web MyFutureJobs

Insentif & Manfaat Pencari Kerja 2022 Di Bawah MyFutureJobs

Jika anda berdaftar melalui MyFutureJobs, anda boleh menerima Elaun Mencari Pekerjaan jika anda menghadiri temuduga!. 

Ya! Dengan menghadiri temuduga sahaja anda sudah boleh menerima elaun sehingga RM300

Maklumat Lanjut Cara-cara Menerima Insentif IniKLIK SINI

Peluang ini terbuka kepada semua individu menganggur yang bukan pencarum perkeso, termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal untuk mencari pekerjaan melalui SIP GIG 2022 dan JAMINKERJA 2022

Maklumat Lanjut Insentif Sehingga RM1,000 Untuk Rider, Pencari Kerja & Individu Terjeas – KLIK SINI


Menerusi Jamin Kerja Keluarga Malaysia, anda berpeluang untuk mendapat insentif penggajian pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs


Permohonan dibuka bermula 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh menghubungi:

talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 

Emel: [email protected]

Atau boleh mengunjungi pejabat perkeso berhampiran kawasan tempat anda.