Permohonan Bantuan RM200 Untuk Bayi Baru Lahir

Sejak tahun 2010 lagi, kerajaan negeri telah memberikan insentif sebanyak RM200 kepada ibubapa yang mempunyai anak baru lahir.  Bantuan ini bertujuan untuk memberi galakan kepada ibubapa membuat simpanan untuk anak di kemudian hari.


Sejak tahun 2010 lagi, kerajaan negeri telah memberikan insentif sebanyak RM200 kepada ibubapa yang mempunyai anak baru lahir.

Bantuan ini bertujuan untuk memberi galakan kepada ibubapa membuat simpanan untuk anak di kemudian hari.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM200 kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Perak bermula sejak tahun 2010 lagi.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak
  3. Ibu atau bapa kelahiran perak tetapi sedang beralamat di luar negeri perak dan telah bermastautin di negeri perak lebih 10 tahun, – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari penghulu Mukin / Ketua Kampung diperlukan
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak Lebih dari 10 tahun – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari penghulu Mukin / Ketua Kampung diperlukan
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari penghulu Mukin / Ketua Kampung diperlukan


Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh menghubungi Yayasan Perak di talian 605-255-2929 atau emel ke [email protected].