Permohonan Bantuan SKK RM1,000

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan dan masih diteruskan sehingga kini.  Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita terjejas pendapatan isi rumah atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.  Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah SKK RM1,000 yang mungkin ramai terlepas pandang.  Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan SKK RM,1000.


Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita terjejas pendapatan isi rumah atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah SKK RM1,000 yang mungkin ramai terlepas pandang.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan SKK RM,1000.


Kadar Bantuan SKK

Skim Khairat Kematian (SKK) - RM1,000

Tarikh Tuntuan - Bermula 15 April 2022


Syarat Kelayakan SKK

Berikut adalah syarat kelayakan SKK:

  1. Berkahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
  3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  4. Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 Sehingga 31 Disember 2022
  5. SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohnan status kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia
  6. Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan SKK

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  1. Sijil Kematian Asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan asal wakil
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil


Cara Membuat Tuntutan SKK

Berikut adalah cara untuk membuat tuntutan SKK:

SKK boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari pautan BKM di https://bkm.hasil.gov.my/


Catat Ulasan

0 Ulasan