Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk membantu golongan Ibu Tunggal bagi meringankan beban dengan membuka permohonan bagi Bantuan Ibu Tunggal secara one-off kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk membantu golongan Ibu Tunggal bagi meringankan beban dengan membuka permohonan bagi Bantuan Ibu Tunggal secara one-off kepada mereka yang memerlukan.

Golongan ibu tunggal yang menepati syarat yang telah ditetapkan boleh memohon bantuan ini yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban kewangan yang ditanggung.

Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat berkaitan bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.


Bantuan Ibu Tunggal Terengganu

Bantuan ibu tunggal adalah satu inisiatif kerajaan negeri untuk isteri ketua isi rumah e-kasih dan ibu tunggal

Pengumuman bantuan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertengahan November tahun lepas.

Belanjawan yang bertemakan "Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua" itu didokong lima teras utaman dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah 22 objektif.

Lima teras utama adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masuarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.


Permohonan i-Bantuan: Bantuan RM150 Untuk B40


Jumlah Bantuan Ibu Tunggal

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM150 secara one-off


Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022


Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  1. Terbuka kepad semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL
  2. Penerima bantuan i-FITRI TIDAK LAYAK memohon
  3. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2,500 sebulan
  4. Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon


Syarat Utama Permohonan

Berikut adalah syarat utama untuk membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah rakyat Terangganu dan menetap di Negeri Terengganu
  2. Maklumat permohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terangganu
  4. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan

Permohonan i-Bantuan: Bantuan RM150 Untuk B40


Cara Membuat Permohonan

Permohonan bantuan Ibu Tunggal boleh dibuat secara atas talian di https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Pemohon yang belum berdaftar dalam sistem iBantuan ini dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing atau layari laman web iBantuan Terengganu.

Permohonan i-Bantuan: Bantuan RM150 Untuk B40