Permohonan Bantuan Tablet Percuma Untuk B40

Berita baik untuk semua pelajar B40 di Insititusi Pengajian Tinggi (IPT), kerajaan akan memberikan tablet percuma di bawah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Dalam pengumuman belanjawan 2022, sebanyak RM450 juta diperuntukkan yang akan memanfaatkan lebih 600,000 mahasiswa IPT.

Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan urusan semua pelajar yang layak agar lebih selesa dan kondusif untuk belajar.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

PerantiSiswa Keluar Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih bagi membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT. Program ini dijangkan akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Tarikh Pengagihan Peranti

Permohon dijangka akan menerima tablet melalui 2 sesi:

  1. Fasa 1: Hujung Ogos / September 2022
  2. Fasa 2: Oktober / November 2022

Permohonan dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  1. Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850
  2. Melibatkan peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT Swasta (IPTS) di bawah kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Insititut Pendidikan Guru (IPG) dan koleh matrikulasi di bawah KPM.

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari portal rasmi PerantiSiswa di https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
  2. Klik daftar pengguna
  3. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik daftar
  4. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses daftar di hantar
  5. Notifikasi akan dihantar ke emel pemohon untuk tujuan pengesahan pendaftaran akaun baharu dan pengaktifan akaun
  6. Setelah akaun diaktifkan, log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  7. Skrin borang permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan. Semak dan lengkapkan borang permohonan yang wajib diisi
  8. Pelih perakuan pelajar dan klik terma dan syarat
  9. Skrin notifikasi akan dikeluarkan secara pop-up untuk mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau Tidak untuk membuat pindaan permohonan
  10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan
  11. Cetak borang permohonan untuk simpanan
  12. Skrin notifikasi akan dikeluarkan secara pop-up untuk keluar dari sistem. Klik butang OK untuk keluar atau klik butang BATAL untuk kekal di skrin

Semakan Status Keputusan

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status permohonan:

  1. Layari portal PerantiSiswa di https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
  2. Log Masuk dan Klik Setuju
  3. Setelah tekan setuju, tarikh untuk mendapatkan peranti tersebut akan ditunjukkan namun masa untuk mengambil masih belum ditetapkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan program ini anda boleh:

  1. Soalan Lazim
  2. Manual Pengguna
  3. Terma & Syarat
  4. Emel: [email protected]
  5. Telefon: 03-8911 5351 / 03-8911 5258 / 03-8911 5265 / 03-8911 5188