[RASMI] Bantuan Awal Persekolah (BAP) RM150

[RASMI] Bantuan Awal Persekolah (BAP) RM150

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di dewan rakyat pada 7 Oktober 2022.

Hal ini kerana, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

Bantuan kewangan ini akan diberikan secara one-off kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah

Dengan penambahbaikan ini, setiap anak yang bersekolah layak untuk menerima RM150 seorang. Jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, jumlah keseluruhan yang akan mereka terima adalah RM450

Tarikh Bayaran BAP

Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM825 juta



initipati Bajet 2023 boleh dirujuk di Ringkasan Intipati Bajet 2023