TERKINI: Bantuan Kewangan RM200 Keluarga Malaysia

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan  Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan sebelum ini.   Bukan itu sahaja, e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai


BACA JUGA:

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

  1. Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun
  2. Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  3. Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)


Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet

Setiap penebus juga hanya boleh membuat penebusan di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat

Berkenaan dengan pelaksanaan inisiatif ini, ia akan dilaksanakan pada tahun depan (2023) dengan peruntukan RM400 juta.

Kerajaan juga turut meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia untuk membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk di Ringkasan Intipati Bajet 2023