Bantuan Khas Kewangan RM700. Ini Tarikh Pembayarannya!

Bantuan Khas Kewangan RM700. Ini Tarikh Pembayarannya!

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di dewan rakyat pada 7 Oktober 2022.

Hal ini kerana, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.


Bantuan Khas Kewangan (BKK)

BKK akan melibatkan dua jenis bantuan kewangan iaitu:

  • RM700: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah
  • RM350: Pesara kerajaan

Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM1.3 bilion yang akan dimanfaatkan oleh 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan 1 juta pesara kerajaan.


Tarikh Pembayaran BKK

Pembayaran BKK akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 18, Ogos lalu

Intipati Bajet 2023 boleh dirujuk di Ringkasan Intipati Bajet 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700