TERKINI: Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan

TERKINI: Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memelrukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pihak Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sekolaha, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Menurutnya, bantuan kewangan ini penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.


Jumlah Bayaran BAP

Malah, sebelum ini pemberian BAP hanya diberikan kepada para murid dengan had pendapatan ibu bapa RM3,000 sebulan. Akan tetapi kali ini setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 tanpa kira had pendapatan Ibu Bapa.

Ini bermaksud sekiranya sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP RM450

Tarikh Pembayaran BAP

Pembayaran BAP akan dilaksanakan pada bulan hadapan iaitu 12 Januari 2023 dan ini menyaksikan kenaikan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.


Baca Juga:

  1. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
  2. Senarai Bantuan Bulan Januari 2023
  3. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Bujang 2023



Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini, akan diteruskan dengan bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 yang juga akan disalurkan bermula Januari 2023.

Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan membabitkan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

1 thought on “TERKINI: Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan”

  1. Bantuan hanya nampak banyak jenis bsh, btr dan mcm² lagi, tapi bila ambil hanye satu bantuan je yang dapat, dan katogori yang memerlukan pun same juga, contoh yang diberentikan keje ade bantuan tapi bila nak apply kene yang carum kwsp la yang macam ni la, bis orang yang keje sendiri tak boleh ape citekan, bila fikir bantuan sebenar untuk meringangankan beban,jadi orang yang kerje kontrak yang takde potongang kwsp tau sokso golongan ini tak terjejas ke diwaktu sume orang terjejas,

Comments are closed.