Cabutan Khas Judi Dikurangkan Kepada Lapan Kali Setahun

Cabutan Khas Judi Dikurangkan Kepada Lapan Kali Setahun

PUTRAJAYA – Kekerapan cabutan khas perjudian akan diturunkan kembali kepada lapan kali setahun bermula Januari tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya mengarahkan cabutan khas perjudian itu dikurangkan berbanding 22 kali pada era pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Hari ini saya mengarahkan supaya cabutan itu dikekalkan pada tahap lama iaitu lapan kali,”

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sumber: Sinar Harian