TERKINI: Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Sehingga RM10,000

TERKINI: Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Sehingga RM10,000

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini adalah satu inisiatif kerajaan melalui TEKUN nasional bagi memberi peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk menjana pendapatan.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang sebelum telah dilaksanakan bermula pada April 2020.

Jumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 dan disediakan kepada yang layak untuk tujuan berikut:

  1. Pembelian motosikal
  2. Baik pulih motosikal
  3. Modal pusingan

Cara Membuat Permohonan

Pemohon boleh hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.


Siapa Yang Layak Memohon?

  1. Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  2. Berumur 18-60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis
  4. Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah
  5. Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  6. Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah (bagi pemohon baik pulih motosikal dan modal pusingan)
  7. Mengemukakan dokumen asal sebbutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah (bagi permohonan membeli motosikal
  8. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  9. Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberi keutamaan

Dokumen Permohonan Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP17)
  2. Gambar pemohon berukuran passport
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan & belakang
  4. Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  5. Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah (bagi permohonan membeli motosikal)
  6. Salinan geran motosikal yang sah (bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan)
  7. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  8. Surat sokongan Syarikat e-Hailing / bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  9. Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama & transaksi terakhir)
  10. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  11. Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

FAQ

Berapa lama tempoh pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

– Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun sehingga 3 tahun

Berapa lama tempoh proses pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

– 7 hari bekerja

Berapakah kadar keuntungan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

-Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk menguruskan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

– TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.