Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjeas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. 

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.


Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100


Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran STR bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori


Pembayaran akan dibuat secara berfasa iaitu sebanyak 4 kali dalam tahun 2023

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk tarikh dan jumlah pembayaran setiap fasa

Kadar Tambahan Bayaran STR 2023

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih

Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan

Cara Membuat Permohonan Baru & Kemaskini Status

Kemaskini status & pendaftaran STR bermula dari 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 dan boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.