TERKINI: Permohonan Bantuan BAP RM500 Tahun 2023

TERKINI: Permohonan Bantuan BAP RM500 Tahun 2023

Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.


Jumlah Bantuan Am Persekutuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih


Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
  3. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  5. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:
  6. Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  7. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001


Cara Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  1. Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  2. Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun


Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.