6 tips yang berguna untuk mereka yang sedang mencari kerja

1. Resume yang terbaik
Resume boleh dianggap sebagai wakil diri anda. Jika anda betul-betul nak dapatkan kerja, pastikan resume anda elok dan berada dalam keadaan yang baik. Tak tahu macam mana nak buat resume? Cara termudah ialah dengan membuka akaun jobstreet dan isi maklumat dalam borang yang disediakan.

Selain mencari kerja di jobstreet, anda juga boleh save resume tersebut dan gunakan untuk memohon kerja di tempat lain. Resume di jobstreet juga boleh anda cetak. Semasa menghadiri temuduga, jangan lupa bawa beberapa salinan resume anda.

2. Berpakaian formal, kemas & menarik
Pakaian mencerminkan keperibadian anda. Penemuduga juga akan mendapat tanggapan pertama dari melihat pakaian yang anda kenakan untuk sesi temuduga. Tips memilih pakaian untuk menghadiri temuduga ialah:

Berpakaian formal. Elakkan memakai seluar jeans atau tshirt
Berpakaian kemas. Untuk lelaki, pastikan tidak berambut penjang. Baju kemas diseterika, kemeja dimasukkan ke dalam baju.

  • Berpakaian menarik
  • Elakkan pakaian seksi dan menjolok mata
  • Elakkan memakai pakaian berwarna terlalu terang
  • Pakai kasut yang tertutup, elakkan memakai selipar atau sandal
  • Pastikan anda memakai stokin berwarna hitam atau coklat. Elakkan stokin berbunga atau berwarna terang

3. Susun sijil & dokumen dengan kemas
Bawa semua sijil, dokumen, dan transcrip ijazah anda. Susun dalam fail dengan kemas. Cara yang terbaik ialah dengan memasukkannya ke dalam clear folder. Apakah susunan yang betul? Kami cadangkan anda susun sijil dan dokumen dalam turutan berikut:

Resume
Salinan kad pengenalan
Sijil kehahiran
Sijil SPM
Surat berhenti sekolah
Anugerah pencapaian semasa di sekolah
Semua sijil penghargaan & sijil penyertaan semasa bersekolah
Transcrip diploma atau ijazah
Anugerah pencapaian semasa di universiti
Semua sijil penghargaan & sijil penyertaan semasa di universiti
Pastikan anda bawa salinan asal & fotocopy setiap sijil dan dokumen.

4. Kenali bakal majikan
Apabila anda mendapat panggilan temuduga, kaji serba sedikit latar belakang syarikat tersebut. Pastikan anda boleh memberikan sedikit info tentang syarikat seperti tahun penubuhan, visi & misi, jenis perniagaa yang dijalankan, dan sebagainya. Selain itu, kaji juga tugas yang bakal anda lakukan sekiranya dipilih untuk memegang jawatan yang dipinta.


5. Kenal-pasti lokasi temuduga
Ini merupakan point yang sangat penting. Sehari sebelum sesi temuduga, sepatutnya anda pergi ke lokasi berkenaan untuk supaya anda tidak sesat pada hari paling penting dalam hidup. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah terlambat datang untuk temuduga bekerja.


6. Sampai 30 minit lebih awal
Pada hari temuduga, pastikan anda sampai awal ke lokasi. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sesi temuduga bermula. Sampai awal akan menjadikan anda lebih tenang & bersedia untuk ditemuduga. Ia juga memberikan masa untuk anda memeriksa semula semua dokumen dan bersiap sedia dengan soalan yang bakal ditanya.