Iklan Bersama Kami

Hai korang yang tengah mencari platform untuk pengiklanan yang berkesan. Rasa bosan asyik kena tapau oleh orang-orang yang tak deliver? Kami ada jawapan untuk anda.

Sekiranya anda ingin mencapai jutaan pembaca setiap bulan dan membuatkan ‘target audience’ tertarik dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Blog Rojak adalah platform yang tepat untuk anda!

Prestasi Blog Rojak dari November 2023 – Januari 2024.
Sumber traffic Blog Rojak. Seimbang, seperti ying dan yang.
Ini adalah taburan audience kami mengikut SimiliarWeb

Dengan lebih dari sejuta kunjungan setiap bulan dan sumber traffic yang seimbang, Blog Rojak akan membantu anda!

Masih tak yakin?! Kami ada kekuatan media sosial yang memukau

Selain website Blog Rojak yang dikunjungi seperti rumah terbuka untuk orang makan free, kami juga ada aset digital yang gempak di Facebook dan Telegram – dengan lebih dari 300 ribu pengikut di Facebook dan hampir 200 ribu pengikut di Telegram. Kalau anda beriklan bersama kami, kami akan promosikan produk atau servis anda di platform-platform ini secara PERCUMA!

TIGA jenis iklan yang kami tawarkan untuk anda

Jenis iklan yang pertama adalah meletakkan banner di website kami untuk dilihat oleh pembaca. Macam yang korang dah lihat, artikel-artikel kami laku bak pisang goreng – dekat sejuta seorang yang akan tengok. Benda ni simple, orang baca artikel sambil lihat iklan menarik korang.

Kita akan letak macam ini.

Jenis iklan kedua pula adalah kami akan tulis artikel untuk produk atau servis yang korang ingin tawarkan. Cuma, kami ni tak minat benda ‘hard sell’, jadi kami tak akan buat artikel macam – ini maklumat produk ABC. Bosankan? Kami akan cuba tulis artikel dan kaitkan produk anda secara tidak langsung dengan isu-isu semasa atau benda-benda lain yang akan menjadikan produk anda relevan. Kebanyakan pengguna Internet sekarang dah tak minat baca penjualan product, cuba ingat betapa annoyingnya iklan produk yang muncul sebelum menonton video.

Kami akan tulis dengan penuh fokus dan dedikasi.

Untuk pengiklanan yang ketiga, kami akan promosikan produk atau servis anda melalui Facebook dan Telegram. Seperti yang anda dah lihat di atas, gabungan followers di antara FB dan Telegram, lebih kurang 600k. Kami akan sasarkan 600k ni untuk jadi potential buyers korang. Paling penting korang kena bagitahu kami produk/servis tu sedalam-dalam yang boleh, barulah team kami boleh buatkan copywriting yang power untuk korang. Lupa nak cakap, copywriting adalah PERCUMA. Kami ni baik hati, macam-macam benda PERCUMA kami akan bagi.

HARGA BOLEH BINCANG, CUMA FAHAM-FAHAMLAH YE. LAGI BESAR BAJET, LAGI BANYAK BENDA YANG KITA BOLEH BUAT.
HUBUNGI KAMI: [email protected]